5 Tips Tukar RAM PC/LAPTOP

OK gang..sebelum ini kami kongsikan kepada anda perbezaan SSD dan HDD, kali ini pula kami nak kongsikan pulak tips bagaimana cara anda membeli RAM untuk PC atau LAPTOP pula.

Sebagai pemilik PC atau LAPTOP, anda tengah berkira-kira nak membeli RAM untuk peralatan anda itu. Anda boleh ikut 5 tips yang akan kami kongsikan ini!

1) Jenis RAM

Pertama anda kenal pasti terlebih dahulu jenis RAM yang digunakan pada Pc/Laptop anda sama ada jenis DDR3, DDR3L, DDR4 atau yang terkini DDR5. Ini kerana jika anda tersalah beli jenis RAM, RAM tersebut memang tidak dapat dimasukkan ke dalam slot pada Pc/Laptop anda tadi.


Jadi untuk mengelakkan anda kerugian akibat tersalah beli, pastikan anda periksa terlebih dahulu. Jika tak reti nak cek sendiri anda boleh juga bawa Pc/Laptop anda ke kedai untuk technician cekkan. 


2) Kapasiti RAM

Antara nilai kapasiti yang anda boleh pilih adalah 4GB, 8GB, 16GB, atau 32GB. Jumlah kapasiti ini sebenarnya bergantung kepada penggunaan anda pada Pc tersebut.


Jika anda menggunakan software yang memerlukan RAM besar, perlu buka tab dengan banyak dalam masa, untuk buat kerja editing atau gaming anda semestinya memerlukan RAM dengan kapasiti yang besar. Manakala untuk penggunaan biasa, kapasiti 8GB atau 16GB sudah lebih dari mencukupi.


3) Kelajuan RAM

Untuk kegunaan gaming, kelajuan 3600MHz sudah mencukupi dan kalau anda yang tinggi lagi maksimum sehingga 4200MHz.


Bila berbicara berkenaan kelajuan RAM ini, anda juga kena faham berkenaan cas latency. Cas latency adalah tempoh data dikeluarkan dari RAM jadi semakin rendah nilai cas latency, semakin laju dan semakin bagus RAM tersebut.


Nilai cas latency ini biasanya anda boleh jumpa di bahagian belakang kotak RAM.


4) Saiz RAM

Saiz RAM di sini adalah berkaitan ketinggian RAM yang akan anda beli. Saiz RAM ini selalunya berkaitan dengan PC kerana untuk laptop saiz ram selalunya adalah sama. 


Untuk PC saiz RAM dengan heatsink yang terlalu besar mungkinan tidak akan muat untuk dimasukkan pada motherboard PC anda. Jadi seeloknya anda cari RAM yang sedang elok sahaja saiznya dan sesuai dengan slot yang ada pada Pc anda.


5) Overclocking

RAM yang mempunyai kemampuan untuk overclock adalah satu bonus untuk PC/LAPTOP anda. Untuk yang belum jelas, overclocking adalah proses untuk menaikkan lagi prestasi RAM tersebut. Nak overclock RAM sebenarnya jauh lebih susah berbanding hardware lain seperti processor atau grafik kad. 

Jadi jika RAM yang anda beli tu datang dengan ciri auto overclock, ia sememangnya sangat memudahkan kerja anda. Jadi sebelum anda beli RAM untuk PC/LAPTOP anda, anda boleh periksa dahulu 5 ciri di atas tadi.


Sekiranya RAM yang anda beli memenuhi ciri-ciri di atas tadi, RAM tersebut adalah yang tepat dan terbaik untuk PC/LAPTOP anda.

LENOVO V110-14IKB Keyboard Replacement

  ITEM DISCRIPTION


TYPE: LAPTOP
MODEL: LENOVO V110-14IKB
PROBLEM: Butang Keyboard tak berfungsi
SOLUTIONS: Tukar keyboard baru





Job Discription:
Dismantle Motherboard
Remove keyboard & replace New

#GoodAsNew
#TechProblemGetSolution
Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami
Untuk Pertanyaan dan Tempahan Sila klik butang di bawah