Beza SSD dan HDD yang anda patut tahu.

 

Perbezaan SSD Dan HDD Yang Anda Patut Tahu.

OK gang.. hari ni kami kongsikan kepada anda perbezaan antara SSD dan HDD.

SSD dan HDD adalah dua jenis peranti storage yang digunakan sebagai ‘local drive’ untuk PC/laptop anda. Adakah Solid State Drive lebih baik ataupun Hard Disk Drive? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Apa yang membuatnya berbeza? Baca penerangan dibawah sampai habis okay!

“Apa itu SSD?”


SSD atau nama penuhnya Solid State Drive ini tidak mempunyai apa apa bahagian yang bergerak. Ia lebih kurang seperti Pendrive ataupun USB drive. Boleh dikatakan juga SSD ini umpama USB drive yang sangat besar. Information dan data yang disimpan dalam SSD adalah dikumpul menggunakan ‘microchip’.

SSD menggunakan memori flash berasaskan NAND, iaitu jenis memori yang tidak mudah berubah atau nama mudahnya memory jenis ‘non-volatile’ (NVM). Dengan ini, data yang disimpan akan kekal dalam memory walaupun disk telah dimatikan. Inilah sebab kenapa SSD lebih laju daripada HDD dan kurang menggunakan tenaga.

Contoh jenis SSD yang terdapat dipasaran


“HDD pula macam mana?”


HDD ataupun Hard Disk Drive ialah teknologi yang sudah lama dikenalkan oleh IBM semenjak 60 tahun yang lalu. HDD ini menggunakan magnetism untuk mengumpul data. Ia mempunyai rotating platter atau disc yang berpusing diatasnya. Rotating platter ini berpusing sangat laju dan terdapat satu read/write head di atas disc. Read\write head inilah yang bantu membaca dan menulis data.

Performance HDD ini bergantung kepada kelajuan pusingan platter tersebut. Lebih Laju pusingan, lebih bagus HDD tersebut. Purata pusingan HDD adalah 5700 RPM sehingga 7200 RPM.

Dah faham fungsi kedua-dua peranti ini?
Sekarang mari kita bandingkan aspek yang berbeza antara SSD dan HDD:

Perbandingan SSD dan HDD (sumber Google)

Ciri-Ciri

SSD

HDD

Harga

Lebih mahal

Lebih murah

Kapasiti

Tidak lebih daripada 1TB untuk laptop dan maksimum 4TB untuk Desktop.

maksimum 2TB untuk laptop dan maksimum 10TB untuk desktop

Sistem Operasi (Boot-Time)

Lebih kurang 10 saat

Lebih kurang 30-40 saat

Kelajuan Bacaan/

Menulis

200 MB/s – 550 MB/s

50 MB/s – 120 MB/s

Kelajuan Membuka Fail

Lebih kurang 30% lebih laju daripada HDD

Agak perlahan berbanding SSD


Jika anda mempunyai bajet yang rendah tapi ingin storage yang besar, maka HDD ialah pilihan yang terbaik. Tetapi jika anda berbajet tinggi, maka SSD lah pilihan anda. Kalau anda nak gunakan kedua-kedua Drive pun boleh.

SSD mempunyai lagi satu bentuk iaitu M.2. SSD M.2 lebih kecil daripada saiz biasa dan ia mempunyai slot yang tersendiri untuknya. Tetapi bergantung juga sama ada laptop atau desktop anda mempunyai slot tersebut atau tidak. Jika anda mahu sistem operasi Boot-Time anda laju tetapi tiada bajet yang tinggi, anda boleh beli SSD M.2 bersaiz 120GB untuk sistem operasi sahaja. Data dan software yang lain boleh disimpan di dalam HDD.

Kalau ikutkan pasaran kini, SSD lebih banyak terjual berbading HDD. Jadi, jika anda memerlukan ‘external drive’ yang laju untuk membuat kerja, maka SSD adalah pilihan terbaik buat anda.

No comments:

Post a Comment