INTEL VS AMD, Prosesor Mana Menjadi Pilihan?

 INTEL VS AMD, Prosesor Mana Menjadi Pilihan?

Sesiapa yang berminat dengan PC, sama ada untuk gaming atau mereka content pasti tahu perbezaan antara AMD dan Intel. Kedua-dua processor ini telah bersaing selama bertahun-tahun. Agak sukar untuk memilih prosesor atau graphic card yang terbaik untuk anda kerana persaingan sengit antara AMD vs Intel ini.

Nak tahu perbezaan antara prosesor Intel dan AMD? Baca sampai habis tips untuk anda mambuat pilihan.

Harga (Intel vs AMD)

Kemunculan CPU Ryzen generasi terbaru AMD, menyebabkan ia setara atau bahkan melebihi harga Intel. Misalnya AMD Ryzen 9 3950X yang merupakan unit termahal berjenama, dengan harga pasaran sekitar $750 atau RM2900. Terdapat juga AMD Ryzen 3 3300X / AMD Ryzen 3 3100 yang berharga sekitar RM600 atau lebih.

Ryzen 9 3950X mempunyai lebih banyak memori cache dan kelajuan pemprosesannya lebih pantas. Ia juga memiliki kemampuan untuk menyimpan hingga empat profil yang berbeza untuk prestasi yang berbeza dan ‘overclocking settings’. Jadi tidak kira sama ada anda seorang gamer biasa atau gamer tegar, pereka design dan animator, anda akan sentiasa mendapat performance terbaik dari CPU anda.


Untuk Intel, prosesor Coffee Lake Refresh adalah yang paling familiar di kalangan pengguna. Generasi terbaru dari Intel iaitu prosesor Coffee Lake Refresh i9-9900K merangkumi harga sekitar $550 atau RM1900 membenarkan anda menggunakan 8 ‘cores’ serta ‘Integrated graphic’. Terdapat prosesor desktop Comet Lake-S i9-10900K baru telah dilancarkan dan sedang dalam perjalanan, dengan harga $488 kira kira RM2000.

Performance (Intel vs AMD)

Secara keseluruhannya kedua-dua prosesor AMD dan Intel mempunyai performance yang baik. Semuanya bergantung kepada jenis tugasan dan kegunaan anda sama ada untuk melakukan kerja-kerja biasa atau bermain game.

Hanya beberapa sahaja CPU yang mempunyai ‘integrated graphic’, yang disebut sebagai Accelerated Processing Unit (APU). AMD Athlon 240GE berharga sekitar $80 atau RM300 menampilkan ‘integrated graphic’ Radeon Vega 3. Ini sesuai untuk low-mid grade gaming serta streaming video untuk rendering grafik berkualiti tinggi dengan harga rendah. AMD Ryzen 3 3300X / AMD Ryzen 3 3100 mungkin memerlukan bajet yang lebih tinggi, tetapi berbaloi dengan prestasinya yang jauh lebih baik untuk pelbagai kegunaan.

Untuk kerja seharian dan multitasking, AMD Ryzen menawarkan banyak PCIe lanes dimana anda boleh menggunakan lebih Solid-State Drives (SSD) untuk ‘start up’ komputer yang laju dan ‘file recall’.

AMD lebih mudah panas daripada Intel, jadi kipas tambahan atau sistem penyejukan cecair untuk CPU mungkin akan diperlukan.


Untuk Intel, setiap cip mempunyai grafik Intel HD atau Iris yang diintegrasikan secara on-die, jadi anda boleh bermain banyak game yang ‘mainstream’ atau stream video, tidak kira CPU apa yang anda pilih. Kalau AMD, anda memerlukan GPU lain untuk bermain game yang memerlukan grafik.

Tapi dengan prosesor Coffee and Ice Lake yang terbaru, setiap CPU dapat mengalahkan unit AMD Ryzen dan Threadripper dalam ‘core-by-core performance’ walaupun jurangnya minimum. Prestasi prosesor Intel Tiger Lake dalam rendering grafik lebih padu untuk pengalaman streaming atau gaming yang lebih baik.


Kesimpulannya
, kedua-dua prosesor ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri sama ada dari segi harga, performance dan lain-lain. Untuk kerja-kerja yang memerlukan proses rendering, prosesor Intel lebih laju. Untuk harga yang mampu milik, prosesor AMD yang terbaik.

No comments:

Post a Comment